Wednesday, March 2, 2011

Tawaran Persiapan Seruan Jihad! Ayuh Mujahidin!

2 Mac 2011, bersamaan 27 Rabiul Awal 1432 Hijrah

Dari Ariff Fikri Bin Mohamed Zikri, Pengerusi PSGSM UTP,
Kepada seluruh  Mujahidin UTP sekaliannya.

Assalamualaikum wbt.

Bismillahirrahmanirrahim, Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw, keluarga baginda, para sahabat, dan para tabi’ wattabi’in. Bersyukur ke Hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan Inayahnya, kita masih lagi dilindungi dengan nikmat Iman dan Islam.

Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum nyata bagi  Allah  orang-   orang yang berjihad[232] diantaramu dan belum nyata orang-orang yang sabar.” [Q,3:142]

Bersandarkan ayat di atas, salah satu maksud Jihad adalah berperang untuk menegakkan Islam dan melindungi orang-orang Islam.  Jika kita teliti perkembangan arus politik dunia dewasa ini, kebangkitan Islam sudah mula menunjukkan peranannya,  didahului dengan tumbangnya Presiden Mesir, Hosni Mubarak di tangan rakyatnya sendiri. Revolusi menentang kekejaman dan kezaliman pemimpin kian merebak ke negara di rantau Asia Barat seperti Libya, Algeria, Tunisia dan Yaman. 

Hampir semua revolusi ini dibentuk oleh kumpulan mahasiswa yang terpelajar, yang mampu memikirkan masa depan dan ingin membentuk pembaharuan, terutamanya bagi mengembalikan kegemilangan Islam ke tampuknya yang tertinggi.

Justeru itu, kita sebagai Mujahidin di UTP tidak harus berdiam kaku dan hanya berpeluk tubuh kerana segala kemungkinan boleh berlaku. Harus diingatkan, walaupun penganut Agama Islam di Malaysia kian bertambah, tetapi bilangan yang betul-betul mengabdikan diri kepada Allah amatlah sedikit. Kerosakan akhlak dan keruntuhan moral menghantui masyarakat Islam kini. Kita sebagai pemuda Islam, dan golongan mahasiswa seharusnya menjadi nadi untuk mengembalikan Islam kepada jalannya yang benar.
Para Mujahid di jalan Allah,

                Ilmu keduniaan dan gerakan dakwah semata-mata sahaja tidak cukup untuk menyebarkan ajaran suci ini. Kita harus bersiap siaga dengan segala kebolehan, terutamanya persiapan fizikal dan pertahanan diri. Andai kata kita diberi taklifan untuk berjihad, adakah kita benar-benar mampu? Memegang senjata pun tidak pernah, apatah lagi menentang musuh yang ramai? Berdayakah kita membela syariat Islam, negara kita, keluarga kita? Tanyakan persoalan ini kepada diri masing-masing.

Wahai golongan yang berjihad,

Pada hari ini saya ingin mengajak agar kita semua mempersiap-siagakan diri kita dengan segala kemungkinan, seperti mana maksudnya yang tertulis dalam Kitabullah, Surah Ali Imran, ayat ke-200 dan Surah An-Nisa’, ayat ke 71;

“Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung.” [3:200]

“Hai orang-orang yang beriman, bersiap siagalah kamu, dan majulah (ke medan pertempuran) berkelompok-kelompok, atau majulah bersama-sama!” [3:71]

Jelaslah pada mafhum ayatnya, kita tidak boleh leka dengan hanya memeluk tubuh, tetapi  perlu sentiasa bersiap siaga. Maka dengan itu, saya dengan hati yang ikhlas mengajak Mujahidin sekalian untuk menyertai latihan seni bela diri Silat Gayong bagi memperkuat daya ketahanan fizikal dan mental. 

Kini hanya bergantung kepada keikhlasan dan kesediaan kalian untuk menyertai latihan. Janganlah kita menjadikan kesibukan masa sebagai alasan untuk berdalih dari persiapan Jihad, kerana kita memang seharusnya perlu disibukkan dengan amal-amal soleh bagi mengekang maksiat. Semoga segala usaha kita sentiasa di bawah redha dan rahmat Allah.

Sekian, wabillahittaufiq wal hidayah, Assalamualaikum wbt.

“Mengibar Panji Hitam Ufuk Timur”



Ariff Fikri Bin Mohamed Zikri
Pengerusi,
Pertubuhan Seni Gayong Serantau Malaysia.
Universiti teknologi Petronas.



Thursday, January 6, 2011

Update Kejohanan Pendekar Seabad UM 2010

Patah sayap bertongkat paruh,
Namun gunung kudaki, kudaki jua.


Setelah beberapa purnama menghilangkan diri, akhirnya terseru jugalah untuk mengemaskini laman blog PSGSM UTP yang sudah bersarang berkurun lama ini. Alkisahnya kali ini, hanyalah untuk melaporkan keputusan kejohanan Pencak Silat anjuran Universiti Malaya, Pendekar Seabad VI. 

Rombongan dengan 5 Buah Kereta yang diterajui oleh Pegawai Kokurikulum UTP, Encik Zamir menuju ke UM bermula pada jam 8 pagi, 29 Oktober 2010. Selesai pendaftaran dan mesyuarat pengurusan, pesilat memulakan persiapan ke Auditorium Perdana untuk pertandingan silat seni.  Tirai kejohanan dimulakan dengan peragaan Jurus Tunggal dan Solo Kreatif. Setelah itu barulah atlet pulang ke rumah penginapan di Kompleks Masjid Al-Ghufran.

Bagi penyertaan siri kejohanan ini, Team UTP telah menghantar seramai 16 orang pesilat. 

Kategori Silat Seni

Solo Kretif     (Perak)
Muhamad Zaaim Zhafri Bin Zakaria

Ganda Putera      (Gangsa)
Mohd Irwan Afendi Bin Mohd Shohaimi
Zulfadhli Bin Mohd Zaki

Jurus Tunggal
Mohd Fidzrul Azuan Bin Razali     (Ke-4)
Fatin Nadiah Binti Che Ya            (Ke-4)

Regu Putera         (Perak)
Muhammad Zahin bin Abd Razak      
Ahmad Fikry bin Mohd Anwar
Mohd Fidzrul Azuan Bin Razali

Regu Puteri           (Perak)
Nur Farahin Binti Zulkarnain
Fatin Amalina Binti Rosdi
Nurdhiya Husna Hussein

Kategori Silat Olahraga
Putera
Kelas A : Muhammad Hafiz Bin Jamaluddin        (Suku Akhir)
Kelas B: Mohd Azmidi Bin Abdullah                  (Perak)
Kelas C: Mohd Akhmal Bin Ahmad Daud          (Gangsa)
Kelas D: Mohd Suhaidi Bin Umar                      (Suku Akhir)
Kelas H: Mohd Haziq                                        (Gangsa)

Puteri
Kelas C : Fatin Amalina Bin Rosdi                    (Gangsa)
Kelas D : Madiah Bin Omar                             (Perak)

Untuk keseluruhan, Team UTP berjaya membawa pulang sebanyak 5 Perak dan 4 Gangsa. Tahniah kepada semua. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Coach Nesaar yang telah berusaha membawa pasukan ke tahap terkini, terima kasih kerana sanggup turun jauh dari Taiping untuk memberikan tunjuk ajar kepada pesilat UTP.

Akhir kata, Tahinah Team UTP!!!