Sunday, January 17, 2010

Kenangan Terindah 2009




Tahun 2009 telah pun berlalu. Banyak kenangan pahit manis yang dilalui ahli-ahli kelab sepanjang tahun bermakna ini. Baik dari latihan mingguan bersama guru silat, Cikgu Amin hinggalah kepada menganjurkan aktiviti-aktiviti di dalam mahupun di luar kampus. Sebelum bermulanya kisah baru pertubuhan ini, eloklah kita imbas kenangan yg telah dilalui bersama sepanjang setahun menjadi anak gayong UTP.

Majlis Ilmu & Uji ketahanan diri.Diadakan untuk menguji ketahanan diri para pesilat serta mengatasi rasa takut dalam diri. Sebagai pejuang, rasa takut hendaklah diatasi bagi melahirkan keberanian untuk melakukan sesuatu. PSSGMUTP turut serta dalam aktiviti ini seperti mandi minyak serta berjalan atas kaca dan bara api. Alhamdulillah tiada sesiapa yang tercedera semasa melakukan aksi ini.






Hari keluarga PSSGMUTP
Tak kenal maka tak cinta. Hehehee... takkan nk berlatih aje, ada juga masa untuk santai. Program hari keluarga PSSGMUTP
telah diadakan di Teluk Batik Perak membolehkan
pelajar baru dan lama berkenalan di luar gelanggang.
Pilih je mana yang
berkenan


Aktiviti 3 hari 2 malam ini telah berjaya mengeratkan hubungan silaturahim antara pelajar dalam pertubuhan seni bela diri ini.








Sambutan Hari Raya
Aidilfitri disambut meriah oleh budak-budak Gayong ni. Bukan asyik bersilat je... Walaupun serba sederhana, tetapi kemeriahan tetap dirasa menyambutnya disamping rakan seperguruan. Cikgu Amin turut berkesempatan berkunjung bagi menambah erti
sambutan lebaran ini.












Banyak yang telah berjaya dilaksanakan oleh pertubuhan ini sepanjang bergiat aktif untuk disebut satu per satu. Namun yang pasti, 2010 menjanjikan pengalaman yang lebih bermakna dan mencabar buat ahli-ahlinya. Insyaallah...

No comments:

Post a Comment