Wednesday, October 21, 2009

Raya Datang lagi


Pertama sekali, sori sebab dah lama x update blog ni. ada problem skit dgn pc & study. Ok2, lepas je habis cuti raya. Pertubuhan Silat Seni Gayong UTP telah mengadakan majlis sambutan hari raya. Alhamdulillah, hampir kesemua ahli turut serta termasuk yang baru mahupun yang lama. Saat ini digunakan sepenuhnya utk bersua kenal bagi yang mana tak berkenalan lagi. Para senior yang akan menjalani internship jugak ada memberikan ucapan dan berpesan kepada budak2 baru utk meneruskan perjuangan. Jangan biar Gayong UTP berkubur. Meskipun sibuk dengan urusan beliau sendiri, Cikgu Amin iaitu guru silat pertubuhan sempat meluangkan masa bertemu dengan anak didik menyambut lebaran di UTP. Majlis ditangguhkan dengan kesemua ahli Gayong bergambar bersama-sama di wakaf berdekatan tasik Masjid An-Nur. Moga2 aktiviti ini mengeratkan lagi hubungan yang diredhai sesama ahli Gayong. Amin..

No comments:

Post a Comment