Monday, February 2, 2009

Pencapaian PSSGMUTP...

Pencapaian 10 tahun PSSGM UTP & Pencapaian Pelajar PSSGM UTP

Pada tahun 1998-1999
Pada tahun inilah merupakan detik permulaan gelanggang rasmi PSSGM UTP ditubuhkan melalui pelajar UTP.
Pada tahun itu Cikgu Amin yang merupakan tenaga pengajar bagi PSSGM USM telah dijemput untuk menjadi tenaga pengajar bagi pihak UTP.
Beberapa nama-nama awal yang menubuhkan PSSGM UTP adalah saudara Izatdin,Muhd Zamri Che Baharudin dan Wan Tarmizi.
Penasihat pertama PSSGM UTP adalah Dr Mohd Halid

Pada tahun 2001
Saudara Izatdin dan Hakimi telah mewakili UTP dalam pertandingan silat dan memenangi pingat emas pertama dalam acara tempur tangan kosong.
Menyedari bakat yang ada pada pelajar-pelajar UTP , PSSGM UTP memulakan usaha untuk melahirkan lebih ramai ahli yang berkebolehan dan mampu bersaing di peringkat kebangsaan.

Pada tahun 2004
PSSGM UTP telah berjaya menganjurkan Malam Selayang Pandang bagi negeri PERAK.
Penasihat PSSGM UTP pada waktu itu ialah saudara Izatdin yang merupakan bekas ahli PSSGM UTP dan berkhidmat sebagai pensyarah Teknologi Maklumat di UTP.

Pada tahun 2005
PSSGM UTP telah menyertai Pertandingan Wajadiri Peringkat Kebangsaan.

Tahun ini merupakan kemuncak kejayaan bagi PSSGM UTP.

Kita telah mendapat 2 pingat emas iaitu dalam acara kunci mata tangan kosong dan gerakan keris.
Selain itu kita telah mendapat 2 pingat perak melalui tempur keris dan tempur simbat.
Di samping itu kita telah mendapat 2 pingat gangsa melalui bunga tanjung putera dan puteri

Berikut adalah senarai nama penerima pingat mengikut acara.


Pingat

EMAS(2)
Kunci mati tgn kosong
i) MOHD IQBAL FARID BIN MONSARIF
ii) AHMAD AZFAR BIN AZIZ
Gerakan keris
i) AMIR FADHLI BIN RAZALI

PERAK(2)
Tempur keris
i) AMIR FADHLI BIN RAZALI
ii) AHMAD YAZID BIN ZULKIFLI
Tempur simbat
iii) MOHD IQBAL FARID BIN MONSARIF
iv) AHMAD AZFAR BIN AZIZ

GANGSA (1)
gerakan 30 anak harimau
i) AIZUDDIN FAIZ BIN YAACOB
ii) AHMAD YAZID BIN ZULKIFLI

GANGSA(2)
Bunga Tanjung
i) AMIR FADHLI BIN RAZALI
ii) ROBEATUL ADAWIAH BT. OSMAN



Pada tahun 2006
PSSGM UTP telah mendapat penasihat baru menggantikan saudara izatdin iaitu Cik Illani yang merupakan bekas ahli PSSGM UTP dan berkhidmat sebagai pensyarah bidang elektrikal di UTP.

Pada tahun 2007
PSSGM UTP meneruskan usaha-usaha dalam memantapkan lagi persatuan dan melakukan persediaan untuk masa hadapan.
Ahli PSSGM UTP pada waktu ini telah mencapai tahap yang paling membanggakan apabila mempunyai seorang pemegang bengkung hitam (Amir Fadhli) , 3 orang pemegang bengkung kuning (Yazid, Azfar, Iqbal).
Program Khatam Keris pertama juga dilakukan pada tahun ini di bawah kelolaan saudara Hazwan.



Pada tahun 2008
PSSGM UTP telah menganjurkan Hari Selayang Pandang 2 di bawah kelolaan saudara Hafiz.

PSSGMUTP juga telah menghantar beberapa orang ahlinya untuk mewakil UTP dalam kejohanan pencak silat.

Kejohan Pencak Silat Terbuka UTHM
GANGSA(2)
Tempur Putera
1) ABDUL MUIZZ BIN ISMAIL
2) FAWWAZ BIN FUAT
Jurus Wajib Putera
1) AHMAD FIKRY BIN MOHD ANWAR
2) MUHAMMAD ZAHIN BIN ABDUL RAZAK
3) MOHAMAD FAUZI BIN ABDUL KADIR

Kejohanan Pencak Silat Piala Bitara UPSI
PERAK(1)
Jurus Wajib Puteri
1) NURUL NAJWA BT ABDUL RAHID @ ABDUL RASHID
2) NUR EZRIN ASHIKIN BT AZIZAN
3) ADILAH BT ZAINAL ABIDIN
Olahraga
GANGSA(2)
Kelas D
1) MADIAH BT OMAR
Kelas Bebas
1) NURUL NAJWA BT ABDUL RAHID @ ABDUL RASHID


Pada tahun 2009
Sekali lagi penasihat PSSGMUTP telah bertukar. Saudara Muhammad Hafiz bin Baharum telah menggantikan Pn Illani yang melanjutkan pelajarannya ke luar Negara.

No comments:

Post a Comment